19 Januari 2010

Jalan...

Febuari 1997. Hari ni aku bangun awal dari biasa. Selalu bangun pukul 6.30 pagi, tapi hari ni aku bangun sejam awal. Bukan buang tabiat, tapi hari ini aku perlu buat sesuatu. Lepas cuci muka dan gosok gigi, aku terus bersiap. Aku pakai t-shirt, kemudian baju hangat dari wol dan seluar pendek. Kemudian aku capai kasut sukan. Terus aku ber'jogging' sampai penat. 

Lepas tu aku balik semula ke asrama, untuk bersiap. Aku mandi, bersiap, Menemui Dia..... undergeledok pukul 6.30 pagi, aku , Jamil, Razali dan cikgu Sahrom bergegas ke SMK Sains Muar. Pagi ni aku dan Jamil akan menyertai acara 5 km jalan kaki (lelaki 15). Sampai di sana semua peserta sudah ada dan aku tak ingat berapa orang. Acara akan bermula jam 7.00 pagi. Aku, Jamil tak boleh daftar pulak!!! Sebab kami tak ada nombor. Dah penat² panaskan badan tadi, tak kan tak jadi pulak. Bengang betul la!!! Baru nak naik podium (kalau boleh menang la).

Nasib aku memang baik, cikgu Zul datang tepat pada waktunya. Jadi aku dan Jamil dapat turut serta dalam acara tu. Disebabkan aku dan Jamil, acara bermula tepat jam 7.10 pagi. Selepas mengharungi 12 setengah pusingan aku berjaya tamatkan perlumbaan jam 7.34 pagi. Orang yang berjaya potong aku sorang saja. Ini bermakna aku mendapat tempat ke dua. Tempat ke dua dapat pingat apa eh? Jamil pulak dapat tempat ke empat. Dia dapat pingat jugak, sebab acara jarak jauh dapat hadiah sampai tempat ke enam.

Secara automatiknya aku dapat mewakili Muar untuk MSSJ. Hahaha... Tahun 1997 juga jadi sejarah bagi sekolah aku kerana seramai 21 orang dapat mewakili Muar untuk Kejohanan Olahraga MSSJ di Batu Pahat. 


18 Januari 2010

Heptatlon

Bang!!! Disiplin pertama untuk acara heptatlon (lelaki 18) bermula iaitu 110 meter berpagar dimulakan. Aku yang bermula dilorong 6 meluru laju menuju pagar pertama. Aku rasa jauh tinggalkan pelari dibelakang aku. Masa aku lompat pagar yang ke empat, pelari yang berada dibelakang aku baru melepasi pagar yang ke dua. Jauh sungguh.

Kata riak aku membawa padah, lepas pagar yang ke lima aku ter'slow'kan langkah. Akibatnya lompatan untuk pagar ke enam, dengan pagar² sekali aku bawa lari. Dan aku jatuh terkedodot. Dia punya sakit jangan cerita la. Kalau aku keluar, tak ada mata pulak. Jadi aku teruskan larian sampai tamat. Eh! Aku masih lg tempat pertama. Hebat gile  ah ding dong betul aku. 

Dua orang adik² PBSM berlari menuju aku. Nak minta sain autograf  la tu. Tau sangat dah. "Abang, bak tangan tu saya tengok" kata adik PBSM. Main minta² tangan pulak. Untuk tak menghampakan peminat, aku angkat la tangan kanan aku. Mak aih, tangan kanan aku dah penuh dengan darah. Jari telunjuk aku koyak dalam 1.5 cm dan ada cebisan daging terkeluar. Aku syak jari aku terkena paku spike masa aku jatuh tadi. Patut la, ingat peminat yang nak dapatkan aku. Ciss!! Lepas tangan aku dicuci adik² cute, baru la aku rasa sakit.

Akibat kecederaan ini, untuk disiplin yang menggunakan tangan, aku tak dapat mengutip mata yang maksimum. Untuk disiplin merejam lembing, aku berada ke dua terakhir dan disiplin melontar peluru, tempat terakhir. 

Keseluruhannya, aku cuma mengutip pingat gangsa dari 15 orang peserta.

05 Januari 2010

Ramalan

Selepas aku berkira², pada bulan Syawal tahun ni, jumlah kes kemalangan maut tidak tinggi kalau dibandingkan dengan kes pembuangan bayi. Jadi kerajaan boleh berbangga kerana OPS SIKAP pada bulan syawal berkurangan.

Sekian.