28 Disember 2009

Busan

Semalam aku balik ke rumah baru. Tak sampai 15 minit baring² aku dah rasa boring. Nak lepak rumah Brader, rasenya dia kat kampung lagi. Malas fikir panjang aku telefon wanita chantek. Aku ajak wanita chantek teman aku jalan² cari pasal.

Campur dia mandi, seterika baju, solek² dan ntah apa² lagi, sejam 30 minit kemudian dia sampai. Disebabkan aku ni bijak, tak sampai 5 minit aku sudah punya buah fikiran. Aku tau apa yang boleh buat aku tak boring bila dirumah. Sampai destinasi, aku terus cari apa yang aku nak. Aku dah tangkap cintan dengan satu benda ni. Aku ambik dan terus bayar.

Malam tadi aku senyum sambil aku tengok benda alah ni. Aku dah tak boring lagi.

24 Disember 2009

Wajah baru

Cool jugak template baru aku. Terima kasih btemplates.

16 Disember 2009

Malam ini....

Harap² malam ada badminton. Kalau tak, boleh kacau jiwa aku yang tenang ni.

07 Disember 2009

Cerita Anak Karim

Aktiviti penghuni ASPURA SEDAR di pagi haringgu biasanya diisi dengan main bola, berlari² anak hingga tanjung, basuh baju, tidur atau tidur.

Tetapi berlainan pagi hari minggu itu bagi Syanin, Jamil, Nazrul dan aku. Aktiviti yang kami lakukan pagi ini adalah jadikan Din Karim sebagai bahan lawak jenaka kami. Kami ikat kaki dan tangan Din Karim. Kemudian kami bungkus menggunakan cadar Si OKU Aji Saifuddin seolah²mayat yang sudah dikapankan.

Kemudian kami usung kesegenap penjuru dorm. Penghuni² yang lain bersahutan "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar". Sungguh seronok mereka dengan melihat gelagat Din Karim yang meronta² minta dilepaskan.

Masa kami mengusung Din Karim ke dorm 3, tiba². "PANG!!" tepat dibelakang aku. Kemudian Jamil, Nazrul. OKU Aji Saifudin yang sedang betulkan kunci dilokernya juga kena penampar Siam warden kami, Cikgu Sahrom. Syanin yang tidak pernah yakin dengan dirinya sendiri itu, sungguh yakin lakonannya yang buat² tidur. Jadi Syanin tak kena penampar Cikgu Sahrom. Chilake punya Syanin.

Paling teruk kena adalah Din Karim, beberapa kali pipi kanan dan kirinya kena penampar Siam cikgu Sahrom. Kesian Din Karim, sudahlah kena usung kami, kena penampar lagi.

Disebabkan peristiwa itu, Nazrul merajuk dengan cikgu Sahrom selama sebulan. Tak berbual dengan cikgu Sahrom, tak melepak di bilik warden seperti hari² biasa serta sanggup mencari jalan lain semata² tidak mahu bertembung dengan cikgu Sahrom. Merajuk konon!!!

Cerita Menoreh getah

Bermula aku umur 6 tahun, mak akan kejut aku seawal jam 5 pagi. Aku perlu melakukan tugas yang sangat merbahaya, lebih bahaya dari sambung ekor beruang. Tugas aku adalah meneman mak pergi ngobor dikebun belakang rumah. Abah tak meneman mak sebab pada masa yang sama, abah ngobor di baruh. Itulah rutin harian aku setiap hari.

Dalam pukul 6 pagi mak akan bawa aku balik rumah untuk aku bersiap pergi ke TABIKA. Hebat mak, tak pakai jam pun boleh tau waktu tu dah pukul 6 pagi. (Mak tau sebab 6 pagi rumah aku akan terang kerana abang Jaini dan kak Zai bersiap nak pergi ke sekolah). Lepas mak siapkan aku, dalam pukul 6.45 pagi mak akan sambung menoreh. Begitulah rutin harian aku hingga aku darjah 3.

Masa aku darjah 2, hari sabtu dan ahad aku dapat menoreh. Ada la sepuluh batang pokok yang mak bagi aku toreh. Jadi hari sabtu dan ahad hari paling seronok bagi aku. Dapat toreh getah dan mak akan bagi upah 20 sen. Tapi pokok tang aku dapat toreh tu abah tebang masa aku darjah 3. Abah tukar tanam pokok sawit.

Tapi aku menjalankan rutin harian aku sampai darjah 4 saja. Sebab abah menoreh sekali dengan mak. Abah dah tak dapat ambil upah menoreh di baruh. Masa aku darjah 5 dan 6, hari sabtu dan ahad aku kan tolong mak aku kutip getah beku. Bukan di kebun belakang rumah, tapi di kampung sebelah. Mak mendapat upah menoreh di kebun orang. Bila kutip getah beku, baunya memang kuat. Kata mak, bau duit.

Cerita budak botak

Peristiwa ini terjadi pada tahun awal 90'an. Masa itu aku dalam darjah 4 kalau tak silap. Aku, Kak Zai, adik aku, mak, abah dan atuk tengah sedap² tido. Pukul 1 pagi, kompem la semua tido.

Tiba² atuk bersuara, "Said, nang sikel mu ono loro bocah cilik", (Said, dekat kaki ada dua budak kecik). Memang masa itu, atuk tidur atas ranjam, abah pula tidur dekat dengan ranjam. Abah terkejut dan panggil mak dan suruh bukak lampu. Kami semua terjaga.

Atuk cakap kat keliling dia ada ramai budak kecik botak tak pakai baju. Atuk tak cakap pula pakai seluar apa. Mungkin seluar pendek Hawaii , tak pun seluar Levi's. Kami semua pelik, sebab kami tak nampak apa² pun kat keliling atuk. Atuk kata lagi, budak² tu buat bising. Atuk terus capai Al-Quran dan terus baca. Aku tak tau pulak juzuk berapa atuk baca.

Atuk terus membaca Al-Quran dengan deras. (Atuk memang hebat baca Al-quran. Atuk amalkan baca Al-Quran selepas solat fardhu. Satu hari, 1 juzuk atau lebih). Selepas atuk baca dalam 2 3 muka, atuk berhentikan bacaan dan bagitau kami, bila atuk baca Al-Quran tu, budak² tu akan diam. Dan bila atuk berhentikan bacaan, budak² akan buat bising. Kami semua cuma senyap saja, sebab kami tak nampak pun apa² yang berlaku kecuali atuk baca Al-Quran.

Bacaan Al-Quran atuk berlarutan hingga pukul 4 pagi. Kami cuma duduk melihat dan mendengar bacaan atuk. Dekat jam 4.30 pagi, atuk berhentikan bacaan dan kemudian turun dari ranjam. Terus berlari ke ruang tamu dan bukak tingkap yang mengadap baruh. Atuk cakap budak² tu keluar ikut tingkap dan berlari ke arah baruh.

Dengan tenang atuk tutup tingkap, pergi ke ranjam dan sambung tidur. Kami semua terpinga² dan sambung tidur jugak. Keesokkan dan hari² seterusnya, atuk tak pernah bangkitkan hal itu. Sehingga hari ini kami tak tau apa sebenarnya berlaku.

30 November 2009

Perjalanan

Sebelum aku berhijrah dulu,susah benar perjalanan aku. Jarang sekali
aku dapat berjalan. Biasanya aku merangkak, bertatih dan ada sehingga
aku dapat berdiri saja. Cuma ada sekali-sekala aku dapat berjalan
deras.

Semuanya berubah bila aku berhijrah setahun kebelakangan ini. Aku sudah
dapat berjalan. Tidak perlahan dan tidak juga deras.

Aku teringin untuk berlari.

16 November 2009

Bukan Melayu

Masa sekolah dulu aku memang tak tergolong di kalangan pelajar yang pandai, tapi aku pasti dan yakin, aku lebih berakal dan bijak dari Ahmad Idham, Farid Kamil mahupun Razak Mohaideen. Oleh sebab itu aku berada di kelas yang ke-2, 5 Elit. Dan dalam kelas ini, semua pelajarnya melayu.

Sebulan lagi nak SPM, aku dan rakan sekelas dibebel guru kelas, Cikgu Raiha. Apa tah yang dibebelkan, aku pon tak ingat. Orang Melayu malas la, orang Melayu selalu lupa, dan macam² Melayu lagi la. Bila dah banyak sangat pasal Melayu, Syed Sheikh yang duduk sebelah aku, berbisik "nasib aku bukan Melayu. Aku orang Arab". Aku pon layan "aku pon bukan Melayu jugak. Aku orang Jawa". Aku dengan Syed Sheikh ketawa kecil.

Akibatnya, aku dengan Syed Sheikh kene diri atas kerusi.

10 November 2009

Perihal Tikus

















Tikus Mondok


Tikus Mondok (Rattus norvegicus)
Brown Rat
Famili : Muridae

Ciri²

Bahagian atasnya berwarna perang kekelabuan dan bulunya kelihatan kesat.
Bahagian bawahnya berwarna kelabu. Bahagian atas ekornya berwarna hitam
gelap. Panjang kepalanya ialah 215-273 mm. Panjang ekornya pula ialah 197-236 mm.
Beratnya boleh mencapai 241-547 g.

Taburan

Tikus ini berasal dari Eropah Utara. Ia telah dibawa ke negara² lain akibat perdagangan.
Di Malaysia, ia dijumpai di bandar² ditepi pantai termasuk Kuah, Pulau Langkawi, Georgetown,
Pulau Pinang dan Singapura.

Tabiat

Bersifat nokturnal serta dietnya terdiri daripada sayur²-an dan daging.Boleh
dijumpai dalam kapal atau perlabuhan di kawasan yang dibangunkan.


----------------------------------------------------------------------


Bajrul Kuhayat (Tikus Mondok)
Sawo Matang
Famili : Tiada Fakta

Ciri²

Tinggi dan kurus kering. Berdagu panjang seperti Nistelrooy. Tingginya 180 cm.
Beratnya boleh mencapai
75 kg, mengikut kadar kuantiti makanan didalam perut.

Taburan

Bajrul berasal dari Negeri Kedah. Dia telah dibawa masuk ke negeri Pulau Pinang.

Tabiat

Bersifat buat tak tau dalam segala hal. Tidak pernah diet. Ape yang dimasak oleh Wak, dia akan habiskan
hingga tiada sebarang kesan. Tetapi Bekas makan tidak pernah dibasuh oleh spesis ini. Boleh dijumpai di dapur antara jam 3.50 a.m.
hingga 5.30 a.m. ketika teman² serumah sedang tidur. Makan dalam keadaan gelap dan
sangat mencurigakan. Gemar ketawa kuat² hingga mengganggu jiran tetangga.
Sangat fanatik kepada segala jenis anime.

Spesis ini sudah pupus dan hanya boleh di dapati di Sg. Nibong, Pulau Pinang.

Awet tua

Masa aku belajar main² disalah sebuah ipta dalam pulau di utara, aku sangat bergiat aktif dalam bidang sukan. Sukan yang paling aku suka adalah bola baling. Tahun pertama pengajian, aku mula mewakili ipta tersebut untuk kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). MASUM pada tahun 2002 berlangsung di Uitm, Shah Alam.

Pasukan bola baling aku antara pasukan yang kuat jugak la kot, sebab pasukan kami masuk final.
Jadi pasukan aku akan berlawan dengan pasukan teman tapi mesra aku, Najrul Mirnawansi. Sebelum perlawanan bermula kami berbual mesra.

Kemudian, dia tanya aku "wak, adik kau pon main jugak eh?". Aku konfius dengan soalan itu. Aku mane ada adik lelaki. Untuki menghilangkan kekonfiusan, aku tanye "yang mane?". Dia tunjuk Jaini (abang ngah aku memang satu pasukan dengan aku, kami belajar di ipta yang sama). Chilake punye Najrul, ade ke abang aku yang 9 tahun lebih tua dari aku, dia kata adik aku. Nampak tua sangat ke muka aku.

Ahh, aku x kisah. Perempuan² yang dirinya suka dipermainkan kan suka lelaki² tua.

09 November 2009

Serupa punya pasal

November 1999
Lokasi - Rumah aku
(majlis kawen akak aku)


Pakcik x : Jienan, lame x jumpe...

Aku : Eh, nie bukan Jienan.

Pakcik x : Ooo, jadi ni Jaini la kan. Tak perasan pakcik. Muka sama je.

Aku : Eh, bukan jugak. Saya yang bongsu lelaki.

Pakcik x : La iya ke? Macam x perasan sebelum ni.

Aku : X pe.. X pe..



--------------



Ogos 2008
Lokasi : Downtown Cheras

Aku ngah jalan² bersama Wanita Chantek, tetiba:

Brader x : Assalamualaikum...

Aku : W Salam...

Brader x : Jienan kan?

Aku : Eh, bukan²...

Brader x : Lagi nak menipu aku. Ingat aku tak kenal kau.

Aku : Betul bang, saya bukan Jienan. Saya adik die.

Brader x : Ahh, kau tipu la. Cara cakap pon sama aje. Kompem kau tipu aku.

Aku : Kalau abang tak caya, abang telepon sendiri abang saya. Nie nombor die.

Brader x : Ok² aku caya.

1st

Nafsu : Aku rase aku nak tulis blog la.

Hati : Konon leh popular la tu.

Akal : Makin banyak keje la aku camni.

Tangan : Bukan ko sorang je otak, aku pon same. Letih la tangan aku nanti.


Ahh, aku x kire aku nak gak tulis blog.