07 Disember 2009

Cerita Menoreh getah

Bermula aku umur 6 tahun, mak akan kejut aku seawal jam 5 pagi. Aku perlu melakukan tugas yang sangat merbahaya, lebih bahaya dari sambung ekor beruang. Tugas aku adalah meneman mak pergi ngobor dikebun belakang rumah. Abah tak meneman mak sebab pada masa yang sama, abah ngobor di baruh. Itulah rutin harian aku setiap hari.

Dalam pukul 6 pagi mak akan bawa aku balik rumah untuk aku bersiap pergi ke TABIKA. Hebat mak, tak pakai jam pun boleh tau waktu tu dah pukul 6 pagi. (Mak tau sebab 6 pagi rumah aku akan terang kerana abang Jaini dan kak Zai bersiap nak pergi ke sekolah). Lepas mak siapkan aku, dalam pukul 6.45 pagi mak akan sambung menoreh. Begitulah rutin harian aku hingga aku darjah 3.

Masa aku darjah 2, hari sabtu dan ahad aku dapat menoreh. Ada la sepuluh batang pokok yang mak bagi aku toreh. Jadi hari sabtu dan ahad hari paling seronok bagi aku. Dapat toreh getah dan mak akan bagi upah 20 sen. Tapi pokok tang aku dapat toreh tu abah tebang masa aku darjah 3. Abah tukar tanam pokok sawit.

Tapi aku menjalankan rutin harian aku sampai darjah 4 saja. Sebab abah menoreh sekali dengan mak. Abah dah tak dapat ambil upah menoreh di baruh. Masa aku darjah 5 dan 6, hari sabtu dan ahad aku kan tolong mak aku kutip getah beku. Bukan di kebun belakang rumah, tapi di kampung sebelah. Mak mendapat upah menoreh di kebun orang. Bila kutip getah beku, baunya memang kuat. Kata mak, bau duit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan