07 Disember 2009

Cerita budak botak

Peristiwa ini terjadi pada tahun awal 90'an. Masa itu aku dalam darjah 4 kalau tak silap. Aku, Kak Zai, adik aku, mak, abah dan atuk tengah sedap² tido. Pukul 1 pagi, kompem la semua tido.

Tiba² atuk bersuara, "Said, nang sikel mu ono loro bocah cilik", (Said, dekat kaki ada dua budak kecik). Memang masa itu, atuk tidur atas ranjam, abah pula tidur dekat dengan ranjam. Abah terkejut dan panggil mak dan suruh bukak lampu. Kami semua terjaga.

Atuk cakap kat keliling dia ada ramai budak kecik botak tak pakai baju. Atuk tak cakap pula pakai seluar apa. Mungkin seluar pendek Hawaii , tak pun seluar Levi's. Kami semua pelik, sebab kami tak nampak apa² pun kat keliling atuk. Atuk kata lagi, budak² tu buat bising. Atuk terus capai Al-Quran dan terus baca. Aku tak tau pulak juzuk berapa atuk baca.

Atuk terus membaca Al-Quran dengan deras. (Atuk memang hebat baca Al-quran. Atuk amalkan baca Al-Quran selepas solat fardhu. Satu hari, 1 juzuk atau lebih). Selepas atuk baca dalam 2 3 muka, atuk berhentikan bacaan dan bagitau kami, bila atuk baca Al-Quran tu, budak² tu akan diam. Dan bila atuk berhentikan bacaan, budak² akan buat bising. Kami semua cuma senyap saja, sebab kami tak nampak pun apa² yang berlaku kecuali atuk baca Al-Quran.

Bacaan Al-Quran atuk berlarutan hingga pukul 4 pagi. Kami cuma duduk melihat dan mendengar bacaan atuk. Dekat jam 4.30 pagi, atuk berhentikan bacaan dan kemudian turun dari ranjam. Terus berlari ke ruang tamu dan bukak tingkap yang mengadap baruh. Atuk cakap budak² tu keluar ikut tingkap dan berlari ke arah baruh.

Dengan tenang atuk tutup tingkap, pergi ke ranjam dan sambung tidur. Kami semua terpinga² dan sambung tidur jugak. Keesokkan dan hari² seterusnya, atuk tak pernah bangkitkan hal itu. Sehingga hari ini kami tak tau apa sebenarnya berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan