20 Julai 2010

2O Julai

Syukur atas nikmat Allah yang memberi roh, nyawa dan jiwa kepada aku.
Terima kasih kepada emak yang bertarung nyawa melahirkan aku.
Terima kasih kepada emak dan abah yang memanusiakan aku.
Terima kasih kepada emak dan abah yang membolehkan aku berjalan sebagai manusia.
Terima kasih dan penghargaan istimewa buat wanita chantek atas jiwa, pengorbanan, keperihatinan dan kasih-sayangnya terhadap aku.

Terima kasih semua.

19 Julai 2010

Baju Korporat

Sebagai pereka grafik yang bagus, kita perlu berani menggunakan pelbagai kemudahan yang ada di opis kita untuk membuat pelbagai rekaan baru, selaras dengan merealisasikan impian negara untuk menjadi negara yang berdaya maju.

Aku tak ketinggalan untuk membuat rekaan² baru pada baju² aku. Rekaan baju aku yang baru mempunyai nilai estetika yang tinggi. Baru la boleh dibawa rekaan ini ke peringkat global.

Hasil baju aku yg pertama, aku bawa balik rumah. Kemudian aku cuci dan jemur. Keesokannya, masa aku dan wanita chantek nak gi jalan², aku nak pakai baju rekaan terbaru aku. Tapi aku cari² dalam grobok utama tak de (almari utama tuk baju² tuk pergi kerja. Baju² basahan wanita chantek letak kat grobok bilik ke-2).

Aku tanya wanita chantek, "beb mane lu letak baju korporat gua?".

"Baju korporat mende yang lu cari? Gua mana tau". Balas wanita chantek. Kami memang membahasakan diri gua lu, gua lu je di rumah.

Aku tak puas hati. Aku cari kat grobok lagi satu. Selamba wanita chantek letak baju korporat aku kat tempat baju basahan.

"Baju korporat ni la. Apesal lu letak kat tempat baju basahan? Kecik ati gua". Kata aku sambil tunjuk baju tu kat wanita chantek.
Lepas tu, boleh pulak wanita chantek layan gelak sampai keluar air mata lepas aku tunjuk baju tu.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Tak cukup korporat ke baju aku? Siap ada pen Parker tau.

Tok... Tok.. Tok... "Kami dari JAIPK".

Aku ada pengalaman bilik kena ketuk oleh Jabatan Agama Islam. Korang ada?

Kejadian ni jadi masa aku, wanita chantek dan Mirza Harith gi cuti² Malaysia kat Cameron Highland. Sape Mirza Harith? Oh... dia ada dalam perut wanita chantek. Kacak budaknya, macam aku.

Lepas lebih satu jam cari parking kereta, kami daftar masuk dihotel tah pekenama yang jaraknya lebih kurang 400 meter dari kereta. Aktiviti malam tu kami mula dengan jalan² cari makan dan cari barang tah pepe kat pasar. Dalam jam 10 la kot kami balik bilik.

Jeng... Jeng... Jeng....

Dalam jam 12.00 a.m., bilik kami kena ketuk. Kebetulan aku belum tidur lagi, tengah layan Star Movie. Wanita chantek dah tidur lepas buat aktiviti murni lepas balik dari pasar tadi. Aku terus buka pintu. Ada 3 orang tercegat kat depan pintu bilik.

"Kami dari JAIPK", kata salah seorang.

Dalam otak aku, ade 2 pilihan reaksi tuk aku balas.

1) Buat² salah dan menangis, sambil merayu supaya lepaskan kami. Lepas dah kena tangkap nanti, baru aku tunjuk kad kahwin.

2) Ajak masuk semua pegawai dan tunggu ditanya baru jawab.

Ah!! semua tu lambat. Sebelum dorang tanya apa², aku terus bagi IC aku ngan IC wanita chantek berserta kad kahwin kami. Kemudian mereka minta maaf dan berlalu dengan muka kecewa kerana tak dapat duit kopi.