02 November 2010

Lembu punya susu, sapi dapat nama

2005
Anugerah Sukan Universiti Sains Malaysia

Tahun itu aku menerima anugerah Full Colour USM dan mendapat sijil penghargaan sebagai ketua pasukan bola baling USM bagi tahun 2005. Anugerah Full Colour USM untuk atlit yang mewakili universiti selama tiga tahun dan pencapaian sekurang-kurangnya satu pingat perak. Ketika itu, hanya 4 orang dari pasukan bola baling kami menerima Anugerah Full Colour iaitu, aku, abang aku, Pudin dan Pak Ya.

Selepas upacara perasmian, abang aku diberi tanggungjawab sebagai wakil pelajar untuk memberikan ucapan. Selaku guru, tiada masalah baginya untuk memberi ucapan. Dan ucapan yang diselang selikan dengan lawak tah apa apa, maka ucapannya mendapat tepukan gemuruh dari semua.

.
.
.

Selepas mengambil gambar untuk kenang kenangan selepas tamat majlis peyampaian anugerah, aku terus keluar dari dewan untuk berjumpa atlit2 dari sukan lain. Nak ambik gambar jugak sebenarnya. Semasa vip dan vvip ingin majlis, mereka lalu di depan aku. Kemudian NC USM menghulurkan tangan kepada aku sambil mengucapkan "congratulation and good speech" dan diikuti TNC USM juga ucap benda yang sama kepada aku. Aku yang mula-mula kurang paham membalas " thank you" sajalah.

Kemudian, barulah aku paham. Mungkin mereka ingat aku yang bagi ucapan masa majlis tadi.
Kah kah kah...
Lembu punya susu, sapi dapat nama.

Melompat lebih jauh

Tretttt tetttttt tetttttt....... (bunyi nada telefon yang popular ketika itu)

"Woi tido lagi ke? Datang stadium sekarang. Mini TOT (Temasya Olahraga Tahunan) dah nak start. Untung-untung boleh jadi atlit terbaik, leh dapat hamper, dapat duit," kata Amam (roomate aku) sebaik saja aku angkat telefon.

"Ok.. ok.. Bagi aku 10 minit," balas aku. Memikirkan dalam dompet aku cuma ada beberapa keping duit biru saja, ini la peluang aku.

12 minit kemudian aku sampai di stadium. Acara lompat jauh hampir dimulakan. Aku terus daftar nama dan terus mengambil tali pita untuk mengukur jarak larian. Dengan tak warm-up aku terus mencuba lompatan. Kelakar jadinya bila bangun tidur terus nak berlari-lari tanpa warm-up ni. Sengal-sengal kat lutut pun ada. Dan akhirnya aku berada tempat ke dua dengan lompatan cuma 5.05 meter saja. Haha.... Teruk sungguh lompatan aku. Sementara Rahman (bukan nama sebenar. Aku lupa nama dia) mengutip pingat emas dengan jarak 5.45 meter. Katanya tak sia-sia berlatih dua minggu. Berbanding aku yang cuma bermain sepak takraw tiap petang di Desa.

Oleh kerana mini TOT ni untuk mencari atlit untuk mewakili Desasiswa Cahaya Gemilang, jadi tiada sekatan untuk memasuki berapa acara pun. Aku pun masuk la acara yang aku yakin boleh mendapat pingat. Jadi aku daftar nama dalam acara 100 meter, lompat kijang, lompat tinggi dan rejam lembing. Aku sudah lebih bersedia berbanding acara lompat jauh tadi.

Setelah semua berakhir, dapat la aku mengutip tiga emas dalam 100 meter, lompat kijang dan lompat tinggi. Sementara rejam lembing hanya pingat perak. Dengan tiga emas dan dua perak, aku dinobatkan atlit terbaik. Dapat la aku sedikit habuan berupa duit dan hamper. Kira tak sia-sia bangun awal hari-hari minggu ni.

Untuk TOT yang bakal berlangsung sebulan lagi, aku cuma menyertai acara lompat jauh dan lompat tinggi saja, serta satu acara relay 4x100 meter. Bagi mengelakkan aku melompat jarak dekat, kena la berlatih sikit kan. Malu la nanti kalau jarak aku lompat dekat saja.

...
...
...

Temasya Olahraga Tahunan USM yang berapa tah, pun berlangsung dengan gilang-gemilangnya.
Habis pertandingan, aku cuma berjaya mengutip pingat perak dalam acara lompat jauh. Aku kalah pada lompatan terakhir dengan atlit yang sememangnya mewakili USM untuk sukan MASUM dengan hanya perbezaan 2 cm. Jarak lompatan aku 6.49 meter manakala Asraff, 6.51 cm (cuma kami berdua saja yang melompat lebih 6 meter).

Selepas penyampaian hadiah, aku berehat di khemah atlit yang disediakan. Aku terdengar Rahman (yang kalahkan aku masa mini TOT) berbual dengan rakannya.

"Kalu kawe yang masuk, kawe yang mene tuh. Dio kaloh denge kawe maso mini tok dulu" katanya.

Ye la tu dia menang. Dah tu kenapa masa pendaftaran untuk TOT aritu dia cakap dengan gaya Key ell, "kalau masuk bukan boleh menang pun. Ramai budak MASUM yang join".