02 November 2010

Lembu punya susu, sapi dapat nama

2005
Anugerah Sukan Universiti Sains Malaysia

Tahun itu aku menerima anugerah Full Colour USM dan mendapat sijil penghargaan sebagai ketua pasukan bola baling USM bagi tahun 2005. Anugerah Full Colour USM untuk atlit yang mewakili universiti selama tiga tahun dan pencapaian sekurang-kurangnya satu pingat perak. Ketika itu, hanya 4 orang dari pasukan bola baling kami menerima Anugerah Full Colour iaitu, aku, abang aku, Pudin dan Pak Ya.

Selepas upacara perasmian, abang aku diberi tanggungjawab sebagai wakil pelajar untuk memberikan ucapan. Selaku guru, tiada masalah baginya untuk memberi ucapan. Dan ucapan yang diselang selikan dengan lawak tah apa apa, maka ucapannya mendapat tepukan gemuruh dari semua.

.
.
.

Selepas mengambil gambar untuk kenang kenangan selepas tamat majlis peyampaian anugerah, aku terus keluar dari dewan untuk berjumpa atlit2 dari sukan lain. Nak ambik gambar jugak sebenarnya. Semasa vip dan vvip ingin majlis, mereka lalu di depan aku. Kemudian NC USM menghulurkan tangan kepada aku sambil mengucapkan "congratulation and good speech" dan diikuti TNC USM juga ucap benda yang sama kepada aku. Aku yang mula-mula kurang paham membalas " thank you" sajalah.

Kemudian, barulah aku paham. Mungkin mereka ingat aku yang bagi ucapan masa majlis tadi.
Kah kah kah...
Lembu punya susu, sapi dapat nama.

Melompat lebih jauh

Tretttt tetttttt tetttttt....... (bunyi nada telefon yang popular ketika itu)

"Woi tido lagi ke? Datang stadium sekarang. Mini TOT (Temasya Olahraga Tahunan) dah nak start. Untung-untung boleh jadi atlit terbaik, leh dapat hamper, dapat duit," kata Amam (roomate aku) sebaik saja aku angkat telefon.

"Ok.. ok.. Bagi aku 10 minit," balas aku. Memikirkan dalam dompet aku cuma ada beberapa keping duit biru saja, ini la peluang aku.

12 minit kemudian aku sampai di stadium. Acara lompat jauh hampir dimulakan. Aku terus daftar nama dan terus mengambil tali pita untuk mengukur jarak larian. Dengan tak warm-up aku terus mencuba lompatan. Kelakar jadinya bila bangun tidur terus nak berlari-lari tanpa warm-up ni. Sengal-sengal kat lutut pun ada. Dan akhirnya aku berada tempat ke dua dengan lompatan cuma 5.05 meter saja. Haha.... Teruk sungguh lompatan aku. Sementara Rahman (bukan nama sebenar. Aku lupa nama dia) mengutip pingat emas dengan jarak 5.45 meter. Katanya tak sia-sia berlatih dua minggu. Berbanding aku yang cuma bermain sepak takraw tiap petang di Desa.

Oleh kerana mini TOT ni untuk mencari atlit untuk mewakili Desasiswa Cahaya Gemilang, jadi tiada sekatan untuk memasuki berapa acara pun. Aku pun masuk la acara yang aku yakin boleh mendapat pingat. Jadi aku daftar nama dalam acara 100 meter, lompat kijang, lompat tinggi dan rejam lembing. Aku sudah lebih bersedia berbanding acara lompat jauh tadi.

Setelah semua berakhir, dapat la aku mengutip tiga emas dalam 100 meter, lompat kijang dan lompat tinggi. Sementara rejam lembing hanya pingat perak. Dengan tiga emas dan dua perak, aku dinobatkan atlit terbaik. Dapat la aku sedikit habuan berupa duit dan hamper. Kira tak sia-sia bangun awal hari-hari minggu ni.

Untuk TOT yang bakal berlangsung sebulan lagi, aku cuma menyertai acara lompat jauh dan lompat tinggi saja, serta satu acara relay 4x100 meter. Bagi mengelakkan aku melompat jarak dekat, kena la berlatih sikit kan. Malu la nanti kalau jarak aku lompat dekat saja.

...
...
...

Temasya Olahraga Tahunan USM yang berapa tah, pun berlangsung dengan gilang-gemilangnya.
Habis pertandingan, aku cuma berjaya mengutip pingat perak dalam acara lompat jauh. Aku kalah pada lompatan terakhir dengan atlit yang sememangnya mewakili USM untuk sukan MASUM dengan hanya perbezaan 2 cm. Jarak lompatan aku 6.49 meter manakala Asraff, 6.51 cm (cuma kami berdua saja yang melompat lebih 6 meter).

Selepas penyampaian hadiah, aku berehat di khemah atlit yang disediakan. Aku terdengar Rahman (yang kalahkan aku masa mini TOT) berbual dengan rakannya.

"Kalu kawe yang masuk, kawe yang mene tuh. Dio kaloh denge kawe maso mini tok dulu" katanya.

Ye la tu dia menang. Dah tu kenapa masa pendaftaran untuk TOT aritu dia cakap dengan gaya Key ell, "kalau masuk bukan boleh menang pun. Ramai budak MASUM yang join".

29 Oktober 2010

Jatuh Kemaluan

Tahun 2006.
Aku di'offer' oleh super junior untuk menjadi jurulatih pasukan bola baling universiti di utara tanahair bagi menghadapi sukan MASUM. Kebetulan aku memang berada di utara, jadi aku terima tawaran itu.

Hari pertama latihan pusat, diadakan majlis pembukaan. Jadi semua pasukan berkumpul di stadium sebelum ke venue masing-masing. Aku tak terkecuali untuk mengjoinkan diri. Memandangkan tempat parkir motor jauh sedikit, aku ambil keputusan untuk parkir motor aku berhampiran dengan trek, parkir yang disediakan untuk kereta. Kemudian aku duduk di tepi trek tunggu majlis selesai. Tiba-tiba..

"Motor sapa ni?" Jerit seorang pak guard yang sudah separuh abad umurnya. Semua yang berada di stadium terdiam dan semua tertumpu ke pak guard.

"Motor saya, pak cik," jawab aku ringkas.

"Sampai bila nak parking kat sini?" Jerit pak guard tu lagi.

"Kejap je pakcik," aku balas.

"Kejap tu brape lama? Sejam, dua jam? Ko pegi paking kat tempat moto sane!" Jerit pak guard pada aku. Semua yang ada di stadium tertumpu kat aku.

Peh, malu gilerr aku masa tu. Tak tau nak letak mana muka ni. Sebab dah malu, aku pergi la parkir motor aku. Kemudian aku duduk semula kat trek. Buat macam tak ada apa-apa berlaku. Tak sampai pon 5 minit aku duduk, datang jurulatih ragbi parkir motor dia di tempat yang sama tempat aku parkir motor tadi. Tapi pak guard tak marah pun kat jurulatih tu. Tak adil macam ni, mentang-mentang la jurulatih tu lebih kurang sebaya dengan pak guard tu.

Habis majlis, semua pasukan ke venue masing-masing. Sebelum aku ke court bola baling, aku pergi jumpa pak guard tu.

"Pak cik, saya jurulatih dan En. Mokhtar (bukan nama sebenar. Sebab aku lupa nama dia) tu pun jurulatih. Tapi kenapa pak cik malukan saya depan ramai orang, dan En. Mokhtar tu boleh je paking kat situ?" Yakin sungguh pertanyaan aku.

"Saya tak tau yang encik ni jurulatih," kata pak guard perlahan.

"Tak kisah la pak cik saya ni jurulatih ke bukan. Tapi kena la adil pak cik. Yang muda pak cik tengking, yang tua pak cik biarkan je. Kalu macam ni la pak cik, saya yakin student-student kat sini tak ada pun yang akan hormat kat pak cik. Saya pergi dulu. Assalamualaikum....."

Walaupun macam kurang ajar je, tapi puas hati aku dapat sekolahkan pak guard.

25 Oktober 2010

Misteri

Misteri yang menyelubungi diriku ini, aku simpan erat di lubuk hati ini. Ceeewahhh, gile ahh ayat.
Memang lama aku fikirkan, tapi sampai sekarang aku tak dapat merungkainya. Misteri ni berlaku masa zaman persekolahan dulu. Senang kata, masa aku tinggal kat hostel.

Banyak sebenarnya misteri² yang berlaku. Contohnya, Papa Ben mencuri spender Hamzah. Yang menjadi misteri, kenapa hanya spender yang berwarna hijau fluorescent saja yang Papa Ben ambil? Haaa, itu yang kita tak tau. Tapi sekarang aku bukan nak fikir pasal spender hijau fluorescent tu, tapi pasal baju² aku.

Sepanjang aku tinggal kat hostel dari form 1 sampai form 6, tak pernah sekali pun aku tanda baju² aku. Tapi yang menjadi misteri baju² aku akan ada bertanda mz di dalam kolar tanpa aku sedar. Sebab tu jugak la agaknya baju aku tak pernah hilang.

Misterinya, sapa yang tulis tanda tu?
Patutkah aku melaporkan misteri ini kepada Zainal Ariffin untuk rancangan terbitannya?

20 Julai 2010

2O Julai

Syukur atas nikmat Allah yang memberi roh, nyawa dan jiwa kepada aku.
Terima kasih kepada emak yang bertarung nyawa melahirkan aku.
Terima kasih kepada emak dan abah yang memanusiakan aku.
Terima kasih kepada emak dan abah yang membolehkan aku berjalan sebagai manusia.
Terima kasih dan penghargaan istimewa buat wanita chantek atas jiwa, pengorbanan, keperihatinan dan kasih-sayangnya terhadap aku.

Terima kasih semua.

19 Julai 2010

Baju Korporat

Sebagai pereka grafik yang bagus, kita perlu berani menggunakan pelbagai kemudahan yang ada di opis kita untuk membuat pelbagai rekaan baru, selaras dengan merealisasikan impian negara untuk menjadi negara yang berdaya maju.

Aku tak ketinggalan untuk membuat rekaan² baru pada baju² aku. Rekaan baju aku yang baru mempunyai nilai estetika yang tinggi. Baru la boleh dibawa rekaan ini ke peringkat global.

Hasil baju aku yg pertama, aku bawa balik rumah. Kemudian aku cuci dan jemur. Keesokannya, masa aku dan wanita chantek nak gi jalan², aku nak pakai baju rekaan terbaru aku. Tapi aku cari² dalam grobok utama tak de (almari utama tuk baju² tuk pergi kerja. Baju² basahan wanita chantek letak kat grobok bilik ke-2).

Aku tanya wanita chantek, "beb mane lu letak baju korporat gua?".

"Baju korporat mende yang lu cari? Gua mana tau". Balas wanita chantek. Kami memang membahasakan diri gua lu, gua lu je di rumah.

Aku tak puas hati. Aku cari kat grobok lagi satu. Selamba wanita chantek letak baju korporat aku kat tempat baju basahan.

"Baju korporat ni la. Apesal lu letak kat tempat baju basahan? Kecik ati gua". Kata aku sambil tunjuk baju tu kat wanita chantek.
Lepas tu, boleh pulak wanita chantek layan gelak sampai keluar air mata lepas aku tunjuk baju tu.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Tak cukup korporat ke baju aku? Siap ada pen Parker tau.

Tok... Tok.. Tok... "Kami dari JAIPK".

Aku ada pengalaman bilik kena ketuk oleh Jabatan Agama Islam. Korang ada?

Kejadian ni jadi masa aku, wanita chantek dan Mirza Harith gi cuti² Malaysia kat Cameron Highland. Sape Mirza Harith? Oh... dia ada dalam perut wanita chantek. Kacak budaknya, macam aku.

Lepas lebih satu jam cari parking kereta, kami daftar masuk dihotel tah pekenama yang jaraknya lebih kurang 400 meter dari kereta. Aktiviti malam tu kami mula dengan jalan² cari makan dan cari barang tah pepe kat pasar. Dalam jam 10 la kot kami balik bilik.

Jeng... Jeng... Jeng....

Dalam jam 12.00 a.m., bilik kami kena ketuk. Kebetulan aku belum tidur lagi, tengah layan Star Movie. Wanita chantek dah tidur lepas buat aktiviti murni lepas balik dari pasar tadi. Aku terus buka pintu. Ada 3 orang tercegat kat depan pintu bilik.

"Kami dari JAIPK", kata salah seorang.

Dalam otak aku, ade 2 pilihan reaksi tuk aku balas.

1) Buat² salah dan menangis, sambil merayu supaya lepaskan kami. Lepas dah kena tangkap nanti, baru aku tunjuk kad kahwin.

2) Ajak masuk semua pegawai dan tunggu ditanya baru jawab.

Ah!! semua tu lambat. Sebelum dorang tanya apa², aku terus bagi IC aku ngan IC wanita chantek berserta kad kahwin kami. Kemudian mereka minta maaf dan berlalu dengan muka kecewa kerana tak dapat duit kopi.

13 April 2010

Harapan

Bila menatang ni dah ade kat rumah, aku harap aku akan rajin mengupdate blog ni.

12 Mac 2010

Cerita 1 : Basuh baju

Haji Papaben (Hajiben) dan Hajah Esah serta anak tunggalnya tinggal didalam sebuah kampung yang punyai parit yang sangat besar (kalu dalam peta, parit tu siap ada riak² air dan parit tu lebih besar dari pekan/bandar yang ada di situ). Hajiben ni sangatlah kuat nafsunya, hatta melihat Esah tunduk menyapu sampah pun sudah tak tertahan nafsunya. Anak tunggalnya iaitu Ijan, walaupun baru berumur 11 tahun,tapi sangat hebat dalam hal² yang membabitkan nafsu ni, hingga rakan²nya memanggil Ijan ni Dewa.

Jadi Hajiben ni cari jalan untuk mengajak Esah untuk bersama. Fikirnya, kalu cakap "Esah, jom senggama", pasti Ijan tau. Malulah nanti. Akhirnya, dapatlah Hajiben jalan penyelesaian, iaitu bila mahu bersama, dia akan bilang nak 'basuh baju'. Selepas² itu tiadalah masalah untuk pasangan ini bersama.

Satu hari, hanya Papaben dan Ijan saja yang ada dirumah. Esah pergi ke rumah jirannya kerana ada kenduri. Tiada aktiviti menarik yang dilakukan anak beranak tu dirumah, cuma menonton drama Baywacth saja. Tak tahan Papaben dibuatanya bila Pamela Anderson berlari² anak di pantai. Jadi di suruhnya Ijan pergi ke rumah jiran untuk memanggil maknya balik kerana nak 'basuh baju'.

"Mak, abah suh mak balik. Abah nak 'basuh baju', kata Ijan sejurus sampai dirumah Biha, jirannya.

"Mak sibuk ni, cakap dengan abah nanti² mak balik", jawab Esah sambil mencicah biskut kering ke dalam kopinya. Kemudian ketawa bedekah² bersama rakan² komplotnya.

Belari balik la Ijan ke rumah.

"Abah, mak bizi gile. Mak ngah kejar ayam. Tapi mak cakap kejap lagi mak balik", tipu Ijan.

"Orait bebeh", balas Papaben.

15 minit kemudian....

"Lama sangat abah tunggu ni, cepat suh mak ko balik abah nak cepat 'basuh baju' ni", suara Papaben menyuruh anaknya.

Kali ni Ijan menaiki basikal ke rumah jiran.

"Makkkk, cepat la balik. Abah nak 'basuh baju' cepat", kata Ijan dari tingkap.

"Kejap lagi la mak balik. Aku starlight jugak kang budak ni?" marah Esah.

Kali ni Ijan tak terus pulang ke rumah, sebaliknya singgah ke rumah Huda, adik angkatnya.

"Petang ni kita main kawin² macam semalam eh?", kata Ijan.

"Ok" balas Huda yang sedang main masak².

Selepas itu, barulah Ijan balik ke rumah.

"Abah, mak cakap lagi 15 minit mak balik" pekik Ijan dari luar.

"Tak payah. Ko cakap dengan mak ko, abah dah 'basuh baju' pakai tangan", marah Papaben dari ruangtamu yang masih lagi menonton Baywatch.


11 Mac 2010

Dulu, Sekarang

Dulu, nak makan kena masak
sekarang, sampai waktu makan je dah terhidang kat meja.

Dulu, nak gi kerja kena seterika baju
sekarang, satu gerobok dah siap seterika.

Dulu, balik kerja tak ada sapa kat rumah
sekarang, balik kerja dah ada orang tunggu kat depan t.v. nak tengok Na O Mei.

Dulu, baju buat tido pakai 3, 4 hari
sekarang, tak boleh pakai banyak kali, nanti kena bebel.

Dulu, tido sorang²
sekarang, tido sorang² jugak kalu wanita chantek kerja malam.

Dulu, 'basuh baju' pakai tangan
sekarang, 'basuh baju' dah ada mesin.



24 Februari 2010

Di jalan sesat

Apakah takdir mimpi ini
Mendatang berulang kali
Berdarah penuh di tanah
Sedang tangan menungkat langit
.
Apakah yang ku perjuangkan
Apakah yang dipertahan
Apakah mesti aku jadi pahlawan
.
Oh Tuhan
Tidaklah aku layak
Untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
Menahan panas NerakaMu
.
Curiga di mata orang
Bagai mentari rembang
Bagaikan aku berdosa
Pada siapa saja
.
Sedang Tuhan di mana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia
.
Walau ditelan Segitiga Bermuda
Selalu ku mengulangi
Dosa yang telah ku buang
Diikuti kembali
.
Mengapa begini
Mengapa begini
.
Sedang Tuhan tahu sesiapa
Untuk Neraka untuk Syurga
Aku tak terpaksa memilih Syurga
Demi pengertian pada hukum alam
Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan
Walaupun sesat jalan.

02 Februari 2010

Barang baik

Semalam masa odw balik K.L. dari Muor, aku singgah kat RnR Seremban. Superbike aku haus, kena la belikan minuman kat dia. Masa aku tengah suap superbike aku minum, tetiba datang mamat sorang  yang berstatus D.A. Jalan pun dah macam ketam kena kanser.

"Bro, gua ada barang baik ni. Baiikkk punya harga gua kasi kat lu" kata D.A. tu sambil tunjuk telefon bimbit Nokia N73.

"Tak pa la bro, gua dah ada". Jawab aku ringkas.

D.A. ni pon terus pergi. Sedang D.A. ni berjalan tah ke mana tujuannya, ada la pakcik pakai songkok aji, ade janggut sikit ni pergi kat D.A. Aku syak mesti D.A. ni akan kena ceramah motivasi. Lepas tu pakcik ni bersalaman dengan D.A. tu. Kemudian mereka berbual. Mungkin diaorang bual pasal isu pemanasan global la kot.

Kemudian pakcik ni menyeluk poketnya dan keluarkan sesuatu dan diserahkan kat D.A. tu. D.A. tu pulak bagi telefon bimbitnya. Pakcik tu pun berlalu pergi, dan diserahkan telefon tu kepada anaknya yang menunggu di kereta yang lengkap berjubah dan bertudung litup. Gembira anaknya mendapat telefon baru.

Aku syak D.A. tu tunjuk sijil jualan langsung yang diluluskan kerajaan kat pakcik ni. Sebab tu la pakcik ni yakin je beli telefon tu.


19 Januari 2010

Jalan...

Febuari 1997. Hari ni aku bangun awal dari biasa. Selalu bangun pukul 6.30 pagi, tapi hari ni aku bangun sejam awal. Bukan buang tabiat, tapi hari ini aku perlu buat sesuatu. Lepas cuci muka dan gosok gigi, aku terus bersiap. Aku pakai t-shirt, kemudian baju hangat dari wol dan seluar pendek. Kemudian aku capai kasut sukan. Terus aku ber'jogging' sampai penat. 

Lepas tu aku balik semula ke asrama, untuk bersiap. Aku mandi, bersiap, Menemui Dia..... undergeledok pukul 6.30 pagi, aku , Jamil, Razali dan cikgu Sahrom bergegas ke SMK Sains Muar. Pagi ni aku dan Jamil akan menyertai acara 5 km jalan kaki (lelaki 15). Sampai di sana semua peserta sudah ada dan aku tak ingat berapa orang. Acara akan bermula jam 7.00 pagi. Aku, Jamil tak boleh daftar pulak!!! Sebab kami tak ada nombor. Dah penat² panaskan badan tadi, tak kan tak jadi pulak. Bengang betul la!!! Baru nak naik podium (kalau boleh menang la).

Nasib aku memang baik, cikgu Zul datang tepat pada waktunya. Jadi aku dan Jamil dapat turut serta dalam acara tu. Disebabkan aku dan Jamil, acara bermula tepat jam 7.10 pagi. Selepas mengharungi 12 setengah pusingan aku berjaya tamatkan perlumbaan jam 7.34 pagi. Orang yang berjaya potong aku sorang saja. Ini bermakna aku mendapat tempat ke dua. Tempat ke dua dapat pingat apa eh? Jamil pulak dapat tempat ke empat. Dia dapat pingat jugak, sebab acara jarak jauh dapat hadiah sampai tempat ke enam.

Secara automatiknya aku dapat mewakili Muar untuk MSSJ. Hahaha... Tahun 1997 juga jadi sejarah bagi sekolah aku kerana seramai 21 orang dapat mewakili Muar untuk Kejohanan Olahraga MSSJ di Batu Pahat. 


18 Januari 2010

Heptatlon

Bang!!! Disiplin pertama untuk acara heptatlon (lelaki 18) bermula iaitu 110 meter berpagar dimulakan. Aku yang bermula dilorong 6 meluru laju menuju pagar pertama. Aku rasa jauh tinggalkan pelari dibelakang aku. Masa aku lompat pagar yang ke empat, pelari yang berada dibelakang aku baru melepasi pagar yang ke dua. Jauh sungguh.

Kata riak aku membawa padah, lepas pagar yang ke lima aku ter'slow'kan langkah. Akibatnya lompatan untuk pagar ke enam, dengan pagar² sekali aku bawa lari. Dan aku jatuh terkedodot. Dia punya sakit jangan cerita la. Kalau aku keluar, tak ada mata pulak. Jadi aku teruskan larian sampai tamat. Eh! Aku masih lg tempat pertama. Hebat gile  ah ding dong betul aku. 

Dua orang adik² PBSM berlari menuju aku. Nak minta sain autograf  la tu. Tau sangat dah. "Abang, bak tangan tu saya tengok" kata adik PBSM. Main minta² tangan pulak. Untuk tak menghampakan peminat, aku angkat la tangan kanan aku. Mak aih, tangan kanan aku dah penuh dengan darah. Jari telunjuk aku koyak dalam 1.5 cm dan ada cebisan daging terkeluar. Aku syak jari aku terkena paku spike masa aku jatuh tadi. Patut la, ingat peminat yang nak dapatkan aku. Ciss!! Lepas tangan aku dicuci adik² cute, baru la aku rasa sakit.

Akibat kecederaan ini, untuk disiplin yang menggunakan tangan, aku tak dapat mengutip mata yang maksimum. Untuk disiplin merejam lembing, aku berada ke dua terakhir dan disiplin melontar peluru, tempat terakhir. 

Keseluruhannya, aku cuma mengutip pingat gangsa dari 15 orang peserta.

05 Januari 2010

Ramalan

Selepas aku berkira², pada bulan Syawal tahun ni, jumlah kes kemalangan maut tidak tinggi kalau dibandingkan dengan kes pembuangan bayi. Jadi kerajaan boleh berbangga kerana OPS SIKAP pada bulan syawal berkurangan.

Sekian.