29 Oktober 2010

Jatuh Kemaluan

Tahun 2006.
Aku di'offer' oleh super junior untuk menjadi jurulatih pasukan bola baling universiti di utara tanahair bagi menghadapi sukan MASUM. Kebetulan aku memang berada di utara, jadi aku terima tawaran itu.

Hari pertama latihan pusat, diadakan majlis pembukaan. Jadi semua pasukan berkumpul di stadium sebelum ke venue masing-masing. Aku tak terkecuali untuk mengjoinkan diri. Memandangkan tempat parkir motor jauh sedikit, aku ambil keputusan untuk parkir motor aku berhampiran dengan trek, parkir yang disediakan untuk kereta. Kemudian aku duduk di tepi trek tunggu majlis selesai. Tiba-tiba..

"Motor sapa ni?" Jerit seorang pak guard yang sudah separuh abad umurnya. Semua yang berada di stadium terdiam dan semua tertumpu ke pak guard.

"Motor saya, pak cik," jawab aku ringkas.

"Sampai bila nak parking kat sini?" Jerit pak guard tu lagi.

"Kejap je pakcik," aku balas.

"Kejap tu brape lama? Sejam, dua jam? Ko pegi paking kat tempat moto sane!" Jerit pak guard pada aku. Semua yang ada di stadium tertumpu kat aku.

Peh, malu gilerr aku masa tu. Tak tau nak letak mana muka ni. Sebab dah malu, aku pergi la parkir motor aku. Kemudian aku duduk semula kat trek. Buat macam tak ada apa-apa berlaku. Tak sampai pon 5 minit aku duduk, datang jurulatih ragbi parkir motor dia di tempat yang sama tempat aku parkir motor tadi. Tapi pak guard tak marah pun kat jurulatih tu. Tak adil macam ni, mentang-mentang la jurulatih tu lebih kurang sebaya dengan pak guard tu.

Habis majlis, semua pasukan ke venue masing-masing. Sebelum aku ke court bola baling, aku pergi jumpa pak guard tu.

"Pak cik, saya jurulatih dan En. Mokhtar (bukan nama sebenar. Sebab aku lupa nama dia) tu pun jurulatih. Tapi kenapa pak cik malukan saya depan ramai orang, dan En. Mokhtar tu boleh je paking kat situ?" Yakin sungguh pertanyaan aku.

"Saya tak tau yang encik ni jurulatih," kata pak guard perlahan.

"Tak kisah la pak cik saya ni jurulatih ke bukan. Tapi kena la adil pak cik. Yang muda pak cik tengking, yang tua pak cik biarkan je. Kalu macam ni la pak cik, saya yakin student-student kat sini tak ada pun yang akan hormat kat pak cik. Saya pergi dulu. Assalamualaikum....."

Walaupun macam kurang ajar je, tapi puas hati aku dapat sekolahkan pak guard.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan