24 Oktober 2011

China doll


Sudah setahun lebih wanita chantek beli pembuka tin buatan cina ni. Walaupun bentuknya cantik, namun harganya cuma sekitar RM5.00 saja. Ia dibeli di kedai RM2.00.

Namun begitu, aku ade masalah tentang pembuka tin ni. Aku tak tau macamana nak guna benda alah ni. Ada sesapa boleh tolong macam mana nak gunakan???


Siri Setan 1

Minggu lepas baru aku berkira-kira nak mengundi untuk PRU yang akan datang. Jadi aku pergi ke pejabat pos yang berdekatan dengan rumah aku untuk mendaftar sebagai pemilih. Kejap je rupanya nak daftar.

Teruja punya pasal, sampai rumah aku terus ngadap laptop aku untuk semak status pendaftaran aku. Mane tau kalu SPR dah proses pendaftaran aku. Bukak-bukak je........





Setannnnnnn!!!!!!!!!
Kesucian IC aku telah dinodai sebelum ni. Apa kejadah Sri Gading perginya???





07 Mei 2011

Mohon maaf

السلام عليکم

Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada akak/adik kerana sudi membaca surat ini.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memohon maaf atas keterlanjuran saya ke atas adik/akak tempohari. Saya tak sengaja melanggar bumper Myvi akak/adik. Tapi saya memang sengaja menendang cermin sisi kereta akak/adik sehingga patah terkulai. Bukan kereta akak/adik saja mengalami kerosakan, malah motor saya juga. Habis bengkok taw tempat pemijak motor saya, nak hidupkan enjin pun terpaksa saya tolak dahulu motor saya. Kesian kat saya taw.

Segala kesalahan saya terhadap akak/adik harap dimaafkan. Tak apa, segala perbelanjaan untuk kerosakan kereta akak/adik boleh ditanggung oleh ayah, suami, tunang, boypren atau kawan² akak/adik. Tak pun guna duit akak/adik sendiri la. Sekali lagi saya mohon maaf atas kesalahan saya.

Akhir kata dari saya, lain kali kalau bawak kereta tengah² jem, pandang la depan, belakang, kiri kanan. Nak masuk lorong lain, bagi isyarat dulu, Jangan sibuk balas sms sambil memandu, bangang!!!

Sekian....


14 Mac 2011

Kedai MESRA Petronas

Lokasi : Kedai Mesra Jalan kepong.

Minggu 1,


"Kak, top up Touch n Go RM100.00," kata aku kepada akak yang dah separuh umur gamaknya.

" Offline la dik," jawab akak tu pendek.


Minggu 2,


"Top up Touch n Go RM50.00," kata aku kat budak yang agak jambu.

"Kejap ye bang," jawab budak jambu itu sambil mengambil duit dan kad aku.

3 - 4 minit kemudian,

"Terima kasih ye, bang." aku cume menjawab dengan angukkan saja.


Minggu 3,


"Kak, top up Touch n Go RM50.00," kata aku kepada akak yang sama dengan 2 minggu lepas.

"Maaf la dik, kat sini tak ada servis untuk Touch n Go," jawab akak tu.

"Hai kak, 2 minggu lepas kata offline, minggu lepas boleh je top up. Hari ni dah takda servis pulak?" tanya aku geram.

"Eh, ye ke? Tak perasan pulak," jawab akak nyakdarah tu sambil sengih².

Aku tak kata apa pun, terus keluar. Kalau ye pun dah dasar malas tahap unta padang pasir, cakap je la offline. Tak la aku menyirap darah. Tu lah kali terakhir aku pergi kedai MESRA kononnya.

Retrospeksi 1 : lukenabeb!

1997
Arama SEDAR

Jam menunjukkan sudah pukul 11.30 pm. Semua sudah kena masuk tidur. Besa la duk asrama, pukul 11 dah kena tidur. Tapi tidak bagi sekawan bebudak form 3. Mereka terdiri dari Emon, Syanin, C-Tood dan Jamil. Mereka perlu menyelesaikan satu misi besar.

Misi mereka adalah untuk memberikan 'hadiah istimewa' kepada Boroi untuk hadiah ulangtahunnya. Hadiah itu mereka simpan elok² dalam kotak pensel Boroi. Mereka yakin bahawa Boroi akan suka akan hadiah itu.

koma,

Keesokkannya di kelas 3 Arif.

"Babi, bulu apa kat dalam kotak pensel aku ni?" Jerit Boroi.

"Bulu pubis" jawab Emon dengan tenang.

................................

1998
Asrama SEDAR

Esok hari April bodoh. Jadi untuk menjalin kemesraan antara senior dan junior, C-Tood bercadang untuk bergurau mesra dengan juniornya. Junior pilihannya adalah Bob. Ketika semua sudah masuk tidur, C-Tood telah masukkan jam loceng kedalam beg Bob yang telah disetkan alarmnya pukul 9.30 am. Kemudian diikat jam itu dengan tulisan 'APRIL BODOH".

koma,

Keesokkannya di Dewan Makan.

C-Tood sengaja duduk berdekatan dengan Bob masa makan tengahari.

"Babi betul la sape yang masukkan" kata Bob kepada Din, rakan sekelasnya.

"Apesal beb?" Sengaja C-Tood bertanya.

"Ada orang dengki saya abang C-Tood. Ada orang masukkan jam loceng dalam beg sekolah saya. Dah la masa tu P.S. (subjek P.S. diajar cikgu Yusof. Memang garang nak mampus cikgu ni), tak pasal² saya kena diri atas kerusi sebab jam tu bunyi." Jelas Bob panjang lebar.

Keh Keh Keh