07 Mei 2011

Mohon maaf

السلام عليکم

Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada akak/adik kerana sudi membaca surat ini.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memohon maaf atas keterlanjuran saya ke atas adik/akak tempohari. Saya tak sengaja melanggar bumper Myvi akak/adik. Tapi saya memang sengaja menendang cermin sisi kereta akak/adik sehingga patah terkulai. Bukan kereta akak/adik saja mengalami kerosakan, malah motor saya juga. Habis bengkok taw tempat pemijak motor saya, nak hidupkan enjin pun terpaksa saya tolak dahulu motor saya. Kesian kat saya taw.

Segala kesalahan saya terhadap akak/adik harap dimaafkan. Tak apa, segala perbelanjaan untuk kerosakan kereta akak/adik boleh ditanggung oleh ayah, suami, tunang, boypren atau kawan² akak/adik. Tak pun guna duit akak/adik sendiri la. Sekali lagi saya mohon maaf atas kesalahan saya.

Akhir kata dari saya, lain kali kalau bawak kereta tengah² jem, pandang la depan, belakang, kiri kanan. Nak masuk lorong lain, bagi isyarat dulu, Jangan sibuk balas sms sambil memandu, bangang!!!

Sekian....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan